Selasa, 1 Januari 2013

TUGAS JAWATANKUASA UNIT


Tugas Jawatankuasa Kelab/Persatuan/Sukan dan Permainan
Unit Kokurikulum Tingkatan 6

1. Tugas Pengerusi
1.1 Mengurus & mentadbir persatuan mengikut perlembagaan persatuan atau
       melaksanakan keputusan mesyuarat
1.2 Mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa kerja.
1.3 Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti persatuan.
1.4 Melaksanakan tugas seperti yang digariskan dalam perlembagaan persatuan.
1.4 Memimpin aktiviti atau melantik anggota Jawatankuasa lain untuk memimpin aktiviti

2. Tugas Naib Pengerusi
2.1 Membantu Pengerusi melaksanakan tugas-tugasnya.
2.2 Menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.

3. Tugas Setiausaha
3.1 Menyimpan pendaftaran keahlian, merekod kehadiran ahli dan menguruskan fail.
3.2 Bertanggungjawab dalam urusan surat menyurat dengan badan luar, pentadbir sekolah  
     dan ahli persatuan.
3.3 Menjemput dan pengedar surat memanggil semua mesyuarat iaitu mesyuarat
      jawatankuasa kerja, mesyuarat agung, mesyuarat luar biasa atau tergempar.
3.4 Bekerjasama dengan pengerusi bagi mentadbir dan mengurus persatuan.
3.5 Menjalankan tugas seperti ketetapan dalam perlembagaan persatuan.

4. Tugas Naib Setiausaha
4.1 Membantu Setiausaha melaksanakan tugas-tugasnya.
4.2 Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaannya.
4.3 Menghebahkan tarikh, masa, tempat, jenis dan keperluan aktiviti.

5. Tugas Bendahari
5.1 Menyimpan rekod dan stok harta persatuan.
5.2 Memungut dan menyimpan penyata pembayaran yuran keahlian.
5.3 Memungut dan menyimpan penyata keluar masuk wang persatuan Mengurus dan
      mentadbir pembelian dan kewangan persatuan.
5.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang digariskan dalam perlembagaan persatuan

6. Tugas Naib Bendahari
6.1 Membantu Bendahari melaksanakan tugas-tugasnya.
6.2 Menjalankan tugas Bendahari semasa ketiadaannya.

7. Tugas Ahli Jawatankuasa
7.1 Ahli Jawatankuasa membantu AJK tertinggi dalam perlaksanaan tugas mentadbir
      Persatuan.
7.2 Menguruskan papan kenyataan sesama AJK atau bekerjasama dengan Ahli Biasa
      dalam satu AJK Kecil Papan Kenyataan.