Selasa, 1 Januari 2013

PERATURAN PAKAIAN AKTIVITI MINGGUAN

PERATURAN PAKAIAN PELAJAR SEMASA MENJALANI
AKTIVITI MINGGUAN.

1. UNIT BERUNIFORM
    1.1 Pelajar dibenarkan berpakaian mengikut mana-mana satu daripada peraturan berpakaian pada
          hari Rabu setiap minggu dan pada hari Isnin ketiga setiap bulan.
    1.2 Pelajar dibenarkan berpakaian mengikut kesesuaian aktiviti seperti yang dikehendaki oleh
          pihak sekolah.

2. KELAB/ PERSATUAN
    Pelajar dibenarkan :
    2.1 Memakai uniform sekolah.
    2.2 Memakai uniform Unit Beruniform jika aktiviti pada hari yang sama
    2.3 Memakai baju korporat  kelab/persatuan masing-masing, berseluar 'slack' dan
          berkasut sekolah [kanvas]/kulit warna hitam..
    2.4 Memakai baju-T atau kemeja-T kelab/persatuan masing-masing atau baju-T Unit Beruniform [jika
          pada hari yang sama] , 'track bottom' SMKTHO
          dan berkasut sekolah [kanvas] warna hitam.
    2.5 Memakai pakaian mengikut kesesuaian aktiviti seperti yang dikehendaki oleh pihak sekolah.

3. SUKAN/PERMAINAN
    Pelajar dibenarkan :
    3.1 Memakai baju-T/kemeja-T kelab sukan/permainan masing-masing/ baju-T Unit Beruniform [jika pada
          hari yang sama]/baju rumah sukan dan berkasut sukan.
    3.2 Memakai pakaian mengikut kesesuaian aktiviti seperti yang dikehendaki oleh pihak sekolah.

4. LATIHAN RENTAS DESA/OLAHRAGA
    4.1 Pelajar Lelaki : Wajib memakai baju rumah sukan yang di'masuk dalam', 'track bottom' SMKTHO
          dan kasut sukan.
    4.2 Pelajar perempuan :  Wajib memakai baju rumah sukan [dibenarkan lepas keluar], 'track bottom'
          SMKTHO dan kasut sukan.