A KEMAS KINI PAPAN KENYATAAN
1. Naib Setiausaha dan AJK hendaklah mengemas kini papan kenyataan unit masing-masing.
2. Guru Yang Menilai kepada Setiausaha dan AJK hendaklah membimbing dan memantau tugas ini dilaksanakan.
3. Tarikh pemantauan oleh GKKT6 adalah pada 21 Januari 2013.
4. Item yang wajib ada pada papan kenyataan ialah
4.1 Nama unit dan logo
4.2 Visi dan Misi
4.3 Takwim
4.4 Senarai ahli dan Nombor Keahlian
4.5 Item-item yang diwajibkan mengikut syarat pertandingan papan kenyataan yang dikeluarkan
oleh pihak sekolah [Sila rujuk papan kenyataan pejabat sekolah]
B PENGHANTARAN FAIL UNIT
1. Setiausaha hendaklah menghantar Fail Pengurusan unit masing-masing mengikut ketetapan seperti yang beriku, iaitu
1.1 UB/SP - kepada En. Mohd Amin b. Masron
1.2 KP - kepada Pn. Suzana bt. Ibrahim
2. Sila letakkan Fail Pengurusan di meja GKKT6 di Pejabat Guru [Blok E].
3. Dokumen yang perlu ada ialah
3.1 Laporan perjumpaan mingguan 2013
3.1.1 UB - pada 7.1.2013, 9.1.2013, 16.1.2013 dan 23.1.2013
3.1.2 KP - pada 16.1.2013 dan 23.1.2013
3.1.3 SP - pada 10.1.2013 dan 16.1.2013
3.2 Carta Organisasi [tidak perlu buat baru jika tiada perubahan]
3.3 Rekod kehadiran ahli
4. TARIKH HANTAR : 24.1.2013 [KHAMIS]
C KEMAS KINI STATISTIK AHLI
Setiausaha hendaklah mengenal pasti ahli yang sudah berhenti sekolah dan maklumkan kepada En. Mohd Amin bin Masron sebelum 22 Januari 2013.