Selasa, 1 Januari 2013

KRITERIA PENERIMA ANUGERAH KOKURIKULUM T6


KRITERIA PENERIMA ANUGERAH/PENGHARGAAN KOKURIKULUM T6

Syarat am : Layak diterima oleh pelajar Tingkatan 6 Atas sahaja.

1. Tokoh Kokurikulum Putera

    1.1 Pelajar lelaki yang  memperoleh pencapaian tertinggi di peringkat Negeri
          atau Kebangsaan dalam kepemimpinan, anugerah dalam penyertaan,
          kejayaan yang membanggakan dalam pertandingan.
    1.2 Calon menunjukkan keterampilan diri, ketokohan pemimpin dan ikon pelajar.
1.3 Calon memiliki keistimewaan tertentu.

2. Tokoh Kokurikulum Puteri
    2.1 Pelajar perempuan yang  memperoleh pencapaian tertinggi di peringkat
          Negeri atau Kebangsaan dalam kepemimpinan, anugerah dalam penyertaan,
          kejayaan yang membanggakan dalam pertandingan.
    2.2 Calon menunjukkan keterampilan diri, ketokohan pemimpin dan ikon pelajar.
    2.3 Calon memiliki keistimewaan tertentu.

3. Kepemimpinan Cemerlang
    3.1 Calon menunjukkan ketokohan dan keupayaan menguruskan unit, ahli dan
          aktiviti unit sendiri.
    3.2 Calon menunjukkan komitmen tinggi sebagai Pengerusi mana-mana unit
          UB/KP/SP.

4.  Kepemimpinan Program Cemerlang
4.1 Calon menunjukkan kebolehan merancang satu atau beberapa program
      unit/sekolah.
4.2 Calon berkebolehan mengatur dan melaksanakan program sehingga  
      berjaya/selesai seperti menjalankan tugas sebagai Ketua /Penyelaras
      Program, Ketua Perkhemahan, Ketua AJK Program yang menunjukkan
      keistimewaan tertentu dan apa-apa tugas yang dilaksanakan dengan
      cemerlang mengikut pemerhatian Penasihat.

5. Pengurusan Fail Cemerlang
5.1 Calon menguruskan fail unit masing-masing dengan lengkap, kemas ,dan
      mengikut format .

6. Pengurusan Kewangan Cemerlang
6.1 Calon dapat menyediakan rekod kewangan unit masing-masing dengan lengkap
      dan kemas mengikut format yang ditetapkan yang berakhir pada 31 Mei, 31 Ogos
      dan 31 Oktober.

7. Kehadiran Cemerlang
7.1 Peratus kehadiran ahli Tingkatan 6 Atas dalam setahun mencapai 90% dan ke atas
      Untuk mana-mana unit iaitu tiada had bilangan unit yang layak menerimanya.
7.2 Penghargaan diberikan kepada Pengerusi sebagai kredit kepada daya usahanya
      Mendorong ahli menghadiri perjumpaan mingguan.

8. Pengurusan Informasi Cemerlang
8.1 Calon dapat menguruskan papan kenyataan dengan baik dan sentiasa dikemas kini
      Dari semasa ke semasa seperti memaparkan carta organisasi, takwim, senarai ahli,
      tarikh aktiviti, berita aktiviti dan penyebaran pelbagai informasi tentang unit masing-
     masing melalui pelbagai medium.

9. Pencapaian Khas / Tertinggi
9.1 Calon memperoleh Johan dalam pertandingan sekurang-sekurangnya peringkat
      Negeri atau sekurang-kurangnya tempat Ketiga peringkat Kebangsaan atau apa-apa
      pencapaian di peringkat antarabangsa, atau;
9.2 Calon memperoleh Anugerah Kepemimpinan  tetapi tidak layak menerima Tokoh
      Kokurikulum  Putera/Puteri, atau;
9.3 Calon menerima apa-apa anugerah sekurang-kurangnya di peringkat Negeri.

10. Program Berimpak Besar
10.1 Calon melaksanakan program yang sangat berkesan (berimpak besar).
10.2 Program yang dijalankan menaikkan imej unit/sekolah.
10.3 Program diiktiraf/menerima penghargaan daripada mana-mana pihak.

11. Inovasi dan Kreativiti
11.1 Calon berjaya menghasilkan ciptaan/rekaan/kaedah yang bersifat inovasi dan kreatif
        tentang apa-apa bidang sekalipun yang boleh dimanfaatkan oleh pihak lain atau
        memberikan manfaat kepada unit/sekolah/pihak lain.