KARNIVAL


                      

                           
                                                                                                    
KERTAS KONSEP



KARNIVAL KOKURIKULUM PRAUNIVERSITI DAERAH KLUANG 2013
 










MAJLIS PERHUBUNGAN GURU PENOLONG KANAN TINGKATAN ENAM
DAERAH KLUANG



PROGRAM KARNIVAL KOKURIKULUM PRAUNIVERSITI
DAERAH KLUANG TAHUN 2013


1.0          PENDAHULUAN

                Karnival Pelajar-Pelajar Prauniversiti Daerah Kluang merupakan program yang melibatkan pelajar-pelajar prauniversiti semester 2 di sekolah-sekolah menengah daerah Kluang. Program ini bertujuan membina ketrampilan diri, menyerlahkan bakat kepimpinan serta memperkembang potensi diri para pelajar prauniversiti selaras usaha dan matlamat pihak Kementerian Pelajaran untuk memperkasakan Tingkatan 6 di seluruh negara.
Karnival pelajar-pelajar Prauniversiti ini juga secara positifnya boleh dijadikan sebagai jambatan penghubung ikatan ukhuwah antara warga prauniversiti di dalam daerah Kluang di samping dapat membina rangkaian kerjasama yang utuh demi melonjakkan kecemerlangan pencapaian pelajar-pelajar Prauniversiti dalam pelbagai bidang. Secara tidak langsung program ini menjadi platform  untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar yang bakal dijadikan pemimpin masa depan negara. 

Penglibatan para pelajar Prauniversiti dalam program ini pasti akan memberi impak yang besar dalam usaha memupuk sikap yakin diri serta kemampuan bersaing secara positif dalam kalangan para pelajar. Menerusi program seperti ini juga, kita semua berharap akan dapat melahirkan generasi yang berketrampilan tinggi di samping memiliki ilmu pengetahuan yang mantap untuk persiapan melangkah ke universiti dan seterusnya membina kecemerlangan potensi diri para pelajar prauniversiti.

2.0          RASIONAL

               Rasional program ini diadakan adalah seperti yang berikut.

                2.1.         Melahirkan pelajar prauniversiti yang aktif, dinamik dan progresif.

2.2               Membina kekuatan dalaman para pelajar seperti daya juang, ketahanan dan keyakinan diri serta daya saing yang boleh dipupuk secara positif melalui pertandingan yang disertai.

2.3               Program ini boleh menjadi wadah untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam pelbagai bidang dan dapat mengendalikan pelbagai aktiviti ke arah meningkatkan kecemerlangan diri.

3.0          Matlamat Program:

Program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin, komited, berdaya saing dan efektif sebagaimana hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu cemerlang dan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek dalam merealisasi matlamat kerajaan untuk memantapkan modal insan.

4.0          Objektif Program:
Program ini diharapkan akan dapat:
4.1. Menyediakan ruang dan peluang kepada para pelajar Prauniversiti untuk memperoleh
pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan untuk memimpin menerusi aktiviti
yang disertai.
4.2. Membentuk generasi yang mempunyai semangat berpasukan, memiliki ketrampilan diri,
       berdaya saing, memiliki semangat juang yang tinggi dan mampu menghadapi cabaran hidup
       di alam pembelajaran.
4.3  Memupuk sikap toleransi, kerjasama, bertanggungjawab dalam pasukan serta meningkatkan
      keberanian dan keyakinan diri para pelajar.
4.4 Mempererat hubungan persaudaraan,memupuk semangat kerjasama  serta memberi
       peluang untuk bertukar-tukar idea dan pandangan dalam kalangan guru serta para pelajar.

5.0               KUMPULAN SASARAN:
Pelajar-pelajar Pra-Universiti  Penggal  2 (Tingkatan 6 Atas ) Daerah Kluang.

6.0               KONSEP PENGELOLAAN
6.1 Karnival Kokurikulum Prauniversiti,  Daerah Kluang Tahun 2013 dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran
       Daerah (PPD) Kluang.
6.2 Sebanyak 6 acara akan dipertandingkan dan sebuah sekolah akan mengelolakan satu acara
       mengikut kemampuan masing-masing.
6.3 Pengetua setiap sekolah akan menubuhkan jawatankuasa dan urus setia pertandingan masing-
       masing secara berasingan.


7.0          Acara dan Pengelola Pertandingan

                Setiap sekolah yang mempunyai Tingkatan 6 akan mengelolakan satu acara, iaitu
             7.1              Petanque (Lelaki dan Perempuan) – SMK Paloh, Paloh
             7.2.            Boling Lelaki – SMK Sultan Abdul Jalil, Kluang
            7.3            Boling Perempuan – SMK Taman Kluang Barat, Kluang
             7.4              Bahas Ala Parlimen – SMK Tinggi Kluang, Kluang
             7.5              Pengucapan Awam  – SMK Tun Hussein Onn, Kluang
             7.6              Public Speaking – SMK Tengku Aris Bendahara, Kluang
             7.7              English Sketsa – SMK Dato Haji Hassan Yunos, Rengam

8.0          CADANGAN TARIKH:
          
            8.1 Pertandingan Bahas Ala Parlimen diadakan mengikut tarikh seperti yang
                   berikut.
                   8.1.1 Peringkat Pusingan Awal  pada 28 Mac 2013, pukul 2.30 petang;
                   8.1.2 Peringkat Separuh Akhir pada 1 Mac  2013, pukul 3.00 petang;
                   8.1.3 Tempat  3 dan 4 pada 2 Mac 2013 pukul  8.30 pagi.
                   8.1.4 Peringkat Akhir pada 2 Mac 2013 pukul 10.00 pagi.
                  
            8.2 Pertandingan acara lain diadakan pada 3 Mac  2013 (Sabtu) di lokasi yang telah ditetapkan   
                   dalam perenggan 7.1 – 7.7, bermula pada pukul 8.30 pagi.

9.0 TEMPAT MAJLIS PENUTUP

       9.1 Majlis penutup dan penyampaian hadiah akan dilangsungkan kan di SMK Tinggi Kluang.
       9.2 Pengetua SMK Tinggi Kluang akan membentuk jawatankuasa yang berkenaan.

10.          SENARAI PENYERTAAN SETIAP SEKOLAH:
                10.1        Peserta dan Guru Pengiring
ACARA
PESERTA
GURU
PENGIRING
JK
BERTUGAS
HAKIM
JUMLAH
PETANQUE PELAJAR (Lelaki dan Perempuan)
6 X  7 =  56
2 X 7  =  14
10
4
84
BOLING PELAJAR (Lelaki dan Perempuan)
6 X 7  =  42
2 X 7  =  14
10
4
70
BAHAS ALA PARLIMEN [Terbuka]
(7 buah  sekolah mengambil bahagian)
a)      Pusingan Suku Akhir
4 X 6 =24
1  X  6  =  6
12
9
51
b)      Pusingan Separuh Akhir
4 X 4 =16
1  X  4  =  4
12
6
38
c)       Pusingan  Akhir
4 X 2 = 8
1  X  2  =  4
6
3
21
PENGUCAPAN AWAM [Terbuka]
1 X 7  =  7
1  X 7 =  7
10
3
27
PUBLIC SPEAKING [Terbuka]
1 X 7  =  7
1  X 7 =  7
10
3
27
ENGLISH SKETCH
6 X 7 = 42
2  X  7  =  14
12
3
71
JUMLAH
202
70
82
35
389


11. Anggaran Kos  Perbelanjaan

BIL
BUTIR-BUTIR PERBELANJAAN
JUMLAH (RM)
11.1


Perbelanjaan makanan dan minuman
11.1.2 Air mineral Hakim dan Petugas  (117 X RM1.00)
11.1.3 Kudapan Hakim dan  Petugas (117 X RM1.00)

117.00
117.00
Jumlah Kecil
234.00
11.2
Perbelanjaan hadiah dan pengurusan
11.2.1   Hadiah-hadiah Pemenang Acara:
11.2.2   Petangue – (6 peserta [L&P] x 3 pasukan x RM7.00 )
11.2.3   Boling [Individu] – (3 peserta  x 2 kategori[L/P]  x RM7.00)
11.2.4   Boling [Berpasukan] –(9 peserta  x 2 kategori [L/P] x  RM7.00)
11.2.5   Boling [Jatuhan pin terbanyak] – 1 x 2 kategori [L/P] x RM7.00)
11.2.6   Bahas Ala Parlimen
 – (4 peserta x 2 pasukan + 1 Pendebat Terbaik  x RM7.00)
11.2.7   Pengucapan Awam – (3 peserta x RM7.00)
11.2.8   Public Speaking – (3 peserta x RM7.00)
11.2.9   English Sketch (6 peserta x 3 pasukan  x RM7.00)
11.2.10 Rakaman dan Dokumentasi
11.2.11 Sewa gelanggang boling (42 orang X RM15.00)
11.2.12 Cenderamata Hakim [35 orang x RM7.00]


126.00
  42.00
126.00
  14.00

 63.00
 21.00
 21.00
126.00
  50.00
630.00
245.00
Jumlah Kecil
1464.00
11.3
Majlis Penutup
11.3.1 Kain rentang
11.3.2 Cenderamata Tetamu Kehormat
11.3.3 Dokumentasi
11.3.4 Jamuan Tetamu Kehormat/Jemputan

120.00
  30.00
  50.00
140.00
Jumlah Kecil
340.00
JUMLAH
2038.00

12           SUMBER KEWANGAN
              
                Untuk mengendalikan program ini, sumber kewangan diharapkan boleh diperoleh daripada
11.1        Pejabat Pelajaran Daerah  Kluang sebanyak RM700; dan
11.2Sumbangan Sekolah yang mengambil bahagian dengan kiraan seperti yang berikut, iaitu

RM 2038.00 – RM700.00 (sumbangan PPD Kluang) = RM1338.00 / 7 sekolah = Rm191.00.

Dicadangkan supaya setiap sekolah menyumbangkan bayaran sebanyak RM200.00 kepada pihak penganjur iaitu PPD Kluang.

13     PEMBENTUKAN JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK KARNIVAL TINGKATAN 6
DAERAH KLUANG 2013

Penaung                                              : Tn. Hj. A. Manaf bin Muslimin
                                                                  Pegawai Pelajaran Daerah Kluang

Penasihat                                            : En. Md. Said bin Daimon
  Penolong PPD Unit Pengurusan Sekolah

Pengerusi                                            : Tn. Hj. Abdul Rahman bin Mohd Noor
                                                                  Pengetua, SMK Sultan Abdul Jalil
  merangkap Pengerusi MP Pengetua Tingkatan Enam Daerah Kluang

Tim Pengerusi                                   : En. Mohd Mazlan bin Husin
                                                                  Penolong  PPD (Menengah), PPD Kluang

Setiausaha                                          : En. Arif bin Mesman
                                                                  Penolong Kanan Tingkatan Enam, SMK Taman Kuang Barat

Bendahari                                           : Tn. Hj. Baharudin
                                                                  Penolong Kanan Tingkatan Enam, SMK Tinggi Kluang

Ahli Jawatankuasa                           : 1. Urus Setia
      Pengetua, SMK Taman Kluang Barat, Kluang

  2. AJK Pendaftaran dan Majlis Penutup
      Pengetua SMK Tinggi Kluang, Kluang

  3. AJK Sijil, Hadiah dan Cenderamata
      Pengetua SMK Tun Hussein Onn, Kluang

    4. AJK Rakaman, Multimedia dan Dokumentasi
        Pengetua SMK Paloh, Kluang

    5. AJK Buku Program Majlis Penutup
         Pengetua SMK Tengku Aris Bendahara, Kluang


    6. AJK Publisiti/Kain Rentang
        SMK Dato Hj. Hassan Yunos, Rengam

    7. AJK Persiapan Tempat [Kerusi /Pentas]
        SMK Sultan Abdul Jalil

    8. AJK Pertandingan:
       
        8.1 Bahas Ala Parlimen : Pengetua, SMK Tinggi Kluang, Kluang
        8.2 Pengucapan Awam : Pengetua, SMK Tun Hussein Onn, Kluang
        8.3 Public Speaking        : Pengetua, SMK Tengku Aris Bendahara, Kluang
        8.4 English Sketch          : Pengetua, SMK Dato Hj. Hassan Yunos, Rengam
        8.5 Boling [Lelaki]           :Pengetua, SMK Sultan Abdul Jalil, Kluang
        8.6 Boling [Perempuan]:Pengetua, SMK Tamna Kluang Barat, Kluang
        8.7 Petanque[L/P]           : Pengetua, SMK Paloh, Kluang



LEMBAGA RAYUAN
1.       Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Pengurusan Sekolah)
2.       Pengetua, SMK Sultan Abdul Jalil, Kluang
3.       Penolong Kanan SMK Taman Kluang Barat, Kluang

14     CADANGAN PEMBENTUKAN  JAWATANKUASA PERTANDINGAN [MENGIKUT SEKOLAH]

Penaung : PPD KLuang
Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi 1 : GPK 1
Timbalan Pengerusi 2 : GPK HEM
Naib  Pengerusi 1        : GPK Kokurikulum
Naib Pengerusi 2         : GPK Tingkatan 6
Penyelaras                    : Guru Kokurikulum Tingkatan 6
Setiausaha                    : Guru Kokurikulum Tingkatan 6
Bendahari                     : Guru Tingkatan 6
AJK                                 : 1. Pengurusan Pertandingan – Pendaftaran, Borang berkaitan, Undian Giliran
                                         2. Jamuan
                                         3. Jurugambar/Laporan [Borang Keputusan Rasmi]
                                         4. Sijil/Hadiah
                                         5. Sambutan Peserta
                                         6. Persiapan Tempat
                                         7. Sistem Pembesar Suara
                                        8. Kepengadilan
                                        9. Buku/ ‘Pamplet’ Program

14.1  Cara pembentukan
14.1.1      Setiap AJK disokong oleh pelajar Tingkatan 6
14.1.2      Mana-mana  2 atau lebih AJK boleh bergabung


15     CADANGAN  AJK  MAJLIS PENUTUP
15.1  Penyambut tetamu
15.2  Jamuan
15.3  Penyampaian hadiah/Cenderamata/Sijil
15.4  Pengerusi Majlis/Pengacara
15.5  Buku/ ‘Pamplet’ Program [Sekolah yang ditetapkan]
15.6  Pembaca doa
dan AJK lain yang diperlukan

16     CADANGAN ATUR CARA MAJLIS PENUTUP      

16.1  Bacaan doa
16.2  Ucapan Pengerusi Majlis Perhubungan Pengetua Sekolah-sekolah Tingkatan 6    
16.3  Ucapan Penutupan Rasmi   oleh PPD Kluang     
16.4  Persembahan [Terpulang kepada Pengelola]    
16.5  Penyampaian Hadiah dan Sijil    
16.6  Penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat
16.7  Negaraku
16.8  Jamuan / Bersurai
                       

13       PENUTUP 

                Program Karnival Kokurikulum Prauniversiti Daerah Kluang yang dirancang ini diharap akan dapat
               berjalan dengan lancar dan memberi impak yang positif kepada para pelajar Prauniversiti.  Selain itu
               penggabungan tenaga dari pelbagai pihak yang mengendalikan program ini akan memberi kesan
               yang positif terhadap usaha menyemaikan budaya kerjasama, perpaduan serta menjalinkan ikatan
               ukhuwah antara sekolah di bawah naungan PPD  Kluang. Di samping itu, hubungan erat antara
               pegawai di PPD Kluang, guru dan pelajar terus terjalin untuk memacu kejayaan yang lebih gemilang.
               Dengan terlaksananya, program Karnival Kokurikulum Prauniversiti ini diharapkan pembangunan
               kemahiran insaniah, psikomotor  dan emosi pelajar akan turut tercapai.

Sekian,terima Kasih.

Disediakan oleh :                                Disemak oleh    :                                  Disahkan oleh

.....................t.t.........................   .................t.t.........................     .....................t.t..............................
(                                                      )            (                                                  )             (                                                             )
Ketua Guru Kokurikulum T6              Pengerusi MPPKT 6                           Penolong PPD (Menengah)
Daerah Kluang                                        Daerah Kluang                                     Daerah  Kluang
                                                                                                                                        

*Dokumen ini cetakan komputer , tandatangan tidak diperlukan.










JAWATANKUASA PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM
KARNIVAL KOKURIKULUM PRA-U DAERAH KLUANG TAHUN 2013
[PENGELOLA : SMKTHO]

Penaung : Tn. Hj. A. Manaf bin Musliman (PPD KLuang)
Pengerusi :Tn. Hj. Fauzan bin Sukimi ( Pengetua Cemerlang SMKTHO)
Timbalan Pengerusi 1 : En.  Mohamad Nor bin Sahari (GPK 1)
Timbalan Pengerusi 2 : En. Azman bin Mohd Zaini (GPK HEM)
Naib  Pengerusi 1        :En. Hairudin bin Baharom ( GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 2         : Tn. Hj. Johari bin Dahali (GPK Tingkatan 6)
Penyelaras                    : Pn. Suzana binti Ibrahim ( Guru Kokurikulum Tingkatan 6)
Setiausaha                    : En. Mohd Amin bin Masron (Guru Kokurikulum Tingkatan 6)
Bendahari                     : Pn. Suzana binti Ibrahim (Guru Tingkatan 6)

Ahli Jawatankuasa

Tugas
1. Urus setia 
    Pn. Umi Kalthom binti Othman
    4 orang pelajar
Pendaftaran, Borang  Markah, Borang Giliran , Borang Keputusan Rasmi,
2.  Pengelola Pertandingan
     Pn. N. Santha Letchumy
     3 orang pelajar
Pengerusi  Majlis, Penjaga Masa, Jam  ‘stop watch’.
3. Penyambut peserta
    Pn. Soo Choi Har
    2 orang pelajar
Menunjukkan tempat pertandingan dan tempat letak kenderaan.
4.  Jamuan
  Pn. Suzanah binti Ibrahim
  3 orang pelajar

Menyediakan kudapan dan minuman untuk petugas dan Hakim.
5. Persediaan  Tempat /Pembesar Suara
 En. Seluvarajoo
 4 orang pelajar

- Menentukan tempat pertandingan , menyediakan
  meja cenderamata /sijil Hakim , Meja Hakim, Meja
  Penjaga Masa, kerusi penonton,
- Kebersihan dan mengemas
- Pembesar suara – 2 mikrofon
6. Cenderamata /Sijil  /Back drop
    Pn. Wan Baizura binti Wan Daud
     2 orang pelajar

- Menyiapkan Sijil/ cenderamata  untuk Hakim
  Back drop – bentuk Power Point
7. Jurugambar
     En. Mohd. Sofian bin Othman

Gambar peserta, Hakim, AJK ketika bertugas
8.Tajuk / Kepengadilan /  Dokumentasi
    En. Mohd Amin bin Masron
- Menyediakan tajuk pengucapan awam
- Surat pelantikan pengadil, panduan jawapan
  pemidato.
- Laporan pertandingan  dihantar kepada
  Pengerusi MPGPKT6DK dan Pengetua



Disediakan oleh,                                   Disemak oleh,                                                     Disahkan oleh,



PENGURUS PESERTA
KARNIVAL KOKURIKULUM PRAUNIVERSITI DAERAH KLUANG 2013
TARIKH : 23 MAC 2013 (SABTU)

BIL.
ACARA
PENGANJUR
LOKASI
PENGURUS
1
PIDATO
SMKTHO
SMKTHO
PN. HJH. MARIAH
2
BAHAS ALA PARLIMEN
STK
STK
PN. HJH. RUSILAH

3
PUBLIC SPEAKING
STAB
STAB
EN. MATTHEW
4
SKETSA BI
SMKDHHY
SMKDHHY
CIK CHANG YOKE LING
EN SUHAIMI*
EN SOFIAN*
5
PETANQUE [L/P]
SMKP
SMKP
PN. ISMI
PN. SHAZURA
6
BOLING [L/P]
SSAJ/SMKTKB
KLUANG PARADE
PN. LIEW
PN. SITI HAJAR














Karnival Johor