KRITERIA PENERIMA ANUGERAH/PENGHARGAAN
KOKURIKULUM T6
Syarat am : Layak diterima oleh pelajar Tingkatan 6 Atas sahaja.
1. Tokoh Kokurikulum Putera
1.1 Pelajar lelaki yang memperoleh pencapaian tertinggi di peringkat
Negeri
atau Kebangsaan dalam
kepemimpinan, anugerah dalam penyertaan,
kejayaan yang
membanggakan dalam pertandingan.
1.2 Calon menunjukkan
keterampilan diri, ketokohan pemimpin dan ikon pelajar.
1.3 Calon memiliki keistimewaan tertentu.
2. Tokoh Kokurikulum Puteri
2.1 Pelajar perempuan yang memperoleh pencapaian tertinggi di peringkat
Negeri atau Kebangsaan
dalam kepemimpinan, anugerah dalam penyertaan,
kejayaan yang membanggakan
dalam pertandingan.
2.2 Calon menunjukkan
keterampilan diri, ketokohan pemimpin dan ikon pelajar.
2.3 Calon memiliki keistimewaan
tertentu.
3. Kepemimpinan Cemerlang
3.1 Calon menunjukkan ketokohan
dan keupayaan menguruskan unit, ahli dan
aktiviti unit sendiri.
3.2 Calon menunjukkan komitmen
tinggi sebagai Pengerusi mana-mana unit
UB/KP/SP.
4. Kepemimpinan Program
Cemerlang
4.1 Calon menunjukkan kebolehan merancang satu atau beberapa program
unit/sekolah.
4.2 Calon berkebolehan mengatur dan melaksanakan program sehingga
berjaya/selesai seperti
menjalankan tugas sebagai Ketua /Penyelaras
Program, Ketua Perkhemahan,
Ketua AJK Program yang menunjukkan
keistimewaan tertentu dan
apa-apa tugas yang dilaksanakan dengan
cemerlang mengikut pemerhatian
Penasihat.
5. Pengurusan Fail Cemerlang
5.1 Calon menguruskan fail unit masing-masing dengan lengkap, kemas ,dan
mengikut format .
6. Pengurusan Kewangan Cemerlang
6.1 Calon dapat menyediakan rekod kewangan unit masing-masing dengan
lengkap
dan kemas mengikut format yang ditetapkan yang
berakhir pada 31 Mei, 31 Ogos
dan 31 Oktober.
7. Kehadiran Cemerlang
7.1 Peratus kehadiran ahli Tingkatan 6 Atas dalam setahun mencapai 90% dan
ke atas
Untuk mana-mana unit iaitu
tiada had bilangan unit yang layak menerimanya.
7.2 Penghargaan diberikan kepada Pengerusi sebagai kredit kepada daya
usahanya
Mendorong ahli menghadiri
perjumpaan mingguan.
8. Pengurusan Informasi Cemerlang
8.1 Calon dapat menguruskan papan kenyataan dengan baik dan sentiasa
dikemas kini
Dari semasa ke semasa seperti
memaparkan carta organisasi, takwim, senarai ahli,
tarikh aktiviti, berita aktiviti dan
penyebaran pelbagai informasi tentang unit masing-
masing melalui pelbagai medium.
9. Pencapaian Khas / Tertinggi
9.1 Calon memperoleh Johan dalam pertandingan sekurang-sekurangnya
peringkat
Negeri atau sekurang-kurangnya
tempat Ketiga peringkat Kebangsaan atau apa-apa
pencapaian di peringkat antarabangsa,
atau;
9.2 Calon memperoleh Anugerah Kepemimpinan
tetapi tidak layak menerima Tokoh
Kokurikulum Putera/Puteri, atau;
9.3 Calon menerima apa-apa anugerah sekurang-kurangnya di peringkat Negeri.
10. Program Berimpak Besar
10.1 Calon melaksanakan program yang sangat berkesan (berimpak besar).
10.2 Program yang dijalankan menaikkan imej unit/sekolah.
10.3 Program diiktiraf/menerima penghargaan daripada mana-mana pihak.
11. Inovasi dan Kreativiti
11.1 Calon berjaya menghasilkan ciptaan/rekaan/kaedah yang bersifat
inovasi dan kreatif
tentang apa-apa bidang sekalipun yang boleh
dimanfaatkan oleh pihak lain atau
memberikan manfaat kepada unit/sekolah/pihak
lain.