Rabu, 20 Februari 2013

PENGUCAPAN AWAM PRA-U


PERATURAN PENGUCAPAN AWAM
KARNIVAL TINGKATAN 6 DAERAH KLUANG 2013

Peraturan untuk pertandingan pengucapan awam  adalah seperti yang berikut.

1.0   Peraturan Penyertaan

1.1   Setiap sekolah diwakili oleh seorang peserta.
1.2   Peserta mestilah daripada pelajar Tingkatan Enam Daerah Kluang.
        1.3 Peserta akan diberi 2 tajuk secara undian sekurang-kurangnya  seminggu sebelum
               pertandingan dan dikehendaki bersedia dengan kedua-dua  tajuk tersebut.
 1.4 Peserta akan mendapat tajuk untuk dipersembahkan melalui cabutan undi pada hari
       pertandingan.

2.0   Syarat Pertandingan
2.1   Peserta akan diberi masa selama 5 minit untuk persediaan selepas mendapat tajuk.

2.2   Selepas tamat masa persediaan, peserta diberi 8 minit untuk menyampaikan pidato.
2.3   Loceng akan dibunyikan sekali, satu minit sebelum tamat, dan dua kali apabila masa tamat. Sebarang penyampaian selepas loceng penamat dibunyikan tidak akan dipertimbangkan dalam pemberian markah.
2.4   Peserta yang membaca nota atau teks semasa pengucapan akan dipotong markah ’Bahasa’.
2.5   Peserta dilarang mengkritik isu-isu yang sensitif berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang. Peserta dilarang menggunakan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan. Pengerusi berhak menegur peserta-peserta yang melanggar peraturan-peraturan  di atas.

3.0 Syarat Undian Tajuk Pidato

      3.1 Wakil sekolah bergilir-gilir mencabut undi  2 nombor tajuk pidato.
      3.2 Selepas setiap undian dibuat, satu nombor tajuk yang telah dicabut dikeluarkan daripada
            senarai tajuk soalan secara rawak.
      3.3 Giliran pemidato akan diundi semasa pendaftaran pada hari pertandingan.

















4.0 RINGKASAN PERMARKAHAN PERTANDINGAN PIDATO

BIL
PERKARA

SATU ISI
LIMA ISI DIPERAKUKAN
MARKAH
1.
ISI:
Isi yang bernas, data-data, bahan-bahan yang tepat serta logik
Isi
2
10



35
Huraian isi
2
10
Contoh dan data-data
2
10
Bonus kematangan isi
5
5
2.
BAHASA
Bahasa yang jelas, baku, (struktur dan sebutan), gaya bahasa berkesan dan tepat dengan maksud serta bahasa yang menarik

25

25
3.
PERSEMBAHAN







40
3.1.
PENYAMPAIAN:
Kata-kata aluan, definisi, persembahan yang lancar, kesesuaian nada, meyakinkan, menunjukkan gaya yang menarik, persembahan susunan isi yang tertib


25

Ungkapan indah,mutiara kata, peribahasa
5
3.2
ADAB:
Markah dipotong bagi isi pengucapan awam yang mengandungi kritikan dan isu-isu sensitif seperti politik, agama, bangsa, kebudayaan dan peribadi termasuk tutur kata yang kurang sopan


5
3.3
ISTIMEWA:
Keseluruhan persembahan, kesopanan dan perawakan yang ditunjukkan


5
JUMLAH MARKAH
100


5.       TAJUK PIDATO

1.       Kitar Semula Menjamin Kebersihan
2.       Jenayah Membawa Padah
3.       Sahsiah dan Akademik Seimbang Pelajar Terbilang
4.       Mahasiswa Berketerampilan, Modal Insan Gemilang
5.       Kesihatan Mengatasi Kekayaan
6.       Program Realiti Televisyen Membina Peribadi Unggul
7.       Kokurikulum Bukan Omong-omong  Kosong
8.       Hak Asasi Manusia Teras Kesejahteraan
9.       Industri Hiliran Menjana Ekonomi
10.   Rasuah Menghancurkan Negara
11.   Pengguna Berkuasa, Pengguna Terbela